Soalan Lazim
Mengenai Pembelian
1. Saya pernah kena tipu dengan peniaga online sebelum ini, apakah jaminan anda?
Untuk makluman tuan/puan, kami sudah beroperasi semenjak tahun 2008 melalui website hariharimau.com ini.
Urusniaga dilakukan dengan menggunakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan semua bank akaun kami
telah melalui pemeriksaan latarbelakang oleh pihak bank terlebih dahulu.
2. Ini kali pertama saya membeli di internet. Macam susah sahaja. Bagaimana proses pembelian ini? Tolong terangkan satu persatu.
Penerangan terperinci dan jelas untuk cara pembelian, pembungkusan dan penghantaran boleh dibaca di pautan Cara Pembelian.
3. Apa itu CAPTCHA?
CAPTCHA bermaksud Completely Automated Public Turing Test To Tell Computers and Humans Apart. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa yang membeli adalah manusia dan bukan aplikasi perosak sistem ataupun hacker. Apa yang anda perlu buat adalah menaip semula nombor di dalam gambar ke dalam ruangan kod Captcha di bawah gambar tersebut.
4. Berapa lamakah masa penghantaran selepas pengesahan belian?
Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran melalui Pos Laju hanya
mengambil masa di antara 1 - 2 hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dan
2 - 3 hari untuk Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di
pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak. Anda dinasihatkan untuk menyemak sendiri dengan Pejabat Pos di tempat anda
untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini. Jikalau produk kami tidak sampai kepada tangan tuan/puan
dalam masa 3 hari bekerja selepas notifikasi pembayaran, sila login ke dalam portal pelanggan dan semak dahulu status
penghantaran Pos Laju menggunakan "tracking number" bungkusan di alamat berikut
http://www.poslaju.com.my/pos_tracking.aspx.
5. Adakah ianya dihantar menggunakan Pos Laju?
Ya. Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Ianya lebih selamat dan
cepat berbanding Pos Ekspress. Pos Laju berbeza dengan Pos Ekspress dimana perlu ada orang untuk tandatangan bagi
pihak penerima. Posmen tidak akan meninggalkan bungkusan tersebut tanpa penerima. Jika tiada orang di rumah ataupun
pejabat, satu notis tuntutan akan ditinggalkan dan anda boleh mengambil bungkusan di depot Pos Laju yang berdekatan.
Status penghantaran bungkusan boleh disemak di website pos laju seperti tertera di soalan sebelum ini. Sila bawa
mykad kerana verifikasi penerima akan dilakukan oleh pihak Pos Laju. Untuk makluman lain mengenai Pos Laju, sila telefon 1-300-300-300. Sekiranya anda inginkan cara penghantaran yang berbeza, kos penghantaran melalui agen
lain hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anda.
6. Apakah jaminan pembelian?
Pihak kami memberi jaminan bahawa, semua produk yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik
mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara
bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.
7. Apakah jaminan privasi pelanggan?
Pihak kami memberi jaminan bahawa, semua maklumat pelanggan tidak akan dbongkar kepada sesiapapun. Pihak kami
tidak akan menggunakan maklumat anda sebagai testimoni tanpa persetujuan bertulis daripada pihak anda. Pembungkusan
produk adalah kemas dan rapi, dijamin tidak akan menunjukkan sebarang indikasi kandungan dalam produk, kecuali
keterangan bertulis "produk herba" di atas slip penghantaran Pos Laju. Nombor telefon bimbit anda diperlukan hanya
sebagai rujukan penghantaran Pos Laju. Pihak Pos Laju tidak akan menghubungi anda untuk tujuan temujanji penghantaran.
Mereka hanya akan telefon jika alamat yang diberikan salah, tidak terang ataupun tidak tepat. Pihak kami sama sekali
tidak akan menghubungi anda melalui telefon ataupun sms. Sebarang perhubungan hanya melalui sistem pesanan portal
pelanggan ataupun email sahaja. Pesanlah dengan yakin bahawa rahsia anda kami bawa ke kubur, InsyaAllah.
Mengenai Produk
1. Adakah produk ini berupa pil, tablet atau sachet seperti kopi? Berbentuk cecair, serbuk atau kapsul?
Produk ini adalah dalam bentuk kapsul.
2. Dalam satu kotak ada berapa bilangannya?
Terdapat 30 biji dalam satu kotak.
3. Adakah ianya boleh dimakan oleh lelaki sahaja ataupun kaum wanita pun boleh makan?
Produk ini dikhaskan untuk lelaki sahaja. Tetapi kami ada juga menerima tempahan daripada wanita untuk
diberi kepada suami mereka.
4. Berkesan atau tidak pada lelaki yang mati pucuk?
Produk ini dijamin berkesan untuk lelaki yang mati pucuk, insyaAllah. Semua penyakit ada ubatnya. Anda cuma perlu
yakin, bersabar dan berserah kepadaNya.
5. Berapa kali ambil ubat ini baru saiz zakar akan berubah menjadi lebih besar dan panjang? Adakah dengan hanya meminum sekali atau 1
kotak saiz zakar akan lebih besar dan panjang atau selama beberapa bulan mengamalkan ubat ini baru saiz zakar berubah? Adakah saiz zakar
kembali seperti asal (saiz sederhana seperti biasa masa sebelum minum) sekiranya telah berhenti minum ubat ini?
Berdasarkan pengalaman sendiri dan maklumbalas pelanggan, semua ini berbeza mengikut fisiologi badan pengguna itu sendiri. Maksud
saya ialah tidak semestinya badan besar perlu ambil dos yang lebih besar atau sebaliknya. Ia lebih menjurus kepada kebatinan ataupun dalaman seseorang
itu, seperti hormon dan organ sediakala. Kesediaan mental dan fizikal juga amat penting. Kerana ubat ini berunsur herba tradisional, dan bukan kimia, anda boleh mengubah
dos mengikut kesesuaian badan.
6. Adakah produk ini selamat digunakan oleh mereka yang menghidapi penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung dan
masalah kesihatan yang lain?
Ya, ia adalah selamat. Sila rujuk soalan 10.
7. Adakah produk ini tradisional atau moden?
Ia merupakan herba tradisional.
8. Penggunaan untuk tempoh berapa lama? Berapa lama untuk melihat kesannya?
Pengambilan herba ubat kuat ini adalah seperti suppliment ataupun vitamin. Digalakkan anda menggunakannya berterusan ataupun bila perlu. Untuk mereka yang betul-betul menghadapi masalah kronik, digalakkan menggunakan produk ini selama sekurang-kurangnya dua bulan untuk melihat kesannya. Untuk mereka yang normal, biasanya kita akan melihat kesannya terus selepas makan.
9. Bagaimanakah cara penggunaan?
Bergantung kepada diri sendiri, boleh diambil sebiji sekali sehari, sebiji dua kali sehari ataupun dua biji dua kali sehari. Ini mengikut fisiologi badan anda sendiri. Sila rujuk soalan 5.
10. Boleh di ambil dengan ubat lain?
Anda boleh mengambil produk ini dengan ubat-ubat kuat lain yang berunsur herba dan tradisional. Tetapi sila rujuk doktor jika anda hendak ambil produk ini bersama ubat klinik ataupun hospital yang lain.
11. Adakah produk ini mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia?
Ya, produk ini telah mendapat kelulusan KKM.
12. Adakah sebarang kesan sampingan setelah menggunakan produk ini?
Berdasarkan pengalaman kami sendiri, produk ini tiada kesan sampingan yang memudaratkan.
13. Saya sudah pencen dan mencapai umur lanjut, adakah produk ini dapat membantu masalah kelakian saya?
Ya, kami percaya bahawa produk ini dapat membantu anda. Terdapat banyak maklumbalas positif daripada pelanggan kami. Syukur alhamdullilah.
