Terma & Syarat

Perhatian pelanggan yang dihormati.

Sila baca dengan teliti sebelum anda menempah sebarang produk atau perkhidmatan melalui laman web ini. Anda diminta membaca dengan teliti kesemua terma dan syarat yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembelian melalui laman web ini.

Umum

1. Kami, pihak pengurusan laman web www.hariharimau.com menawarkan kepada anda sebagai pengguna dengan pra-syarat bahawa anda menerima sepenuhnya semua terma, syarat, polisi dan pernyataan yang dipaparkan melalui laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda mengesahkan bahawa penerimaan terma-terma dan syarat-syarat itu termasuklah perubahan, tambahan atau sebarang bentuk pengkemaskinian bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu kontrak yang wajib dipatuhi.
2. Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran yang ditetapkan di dalam Invois. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh tiga hari bekerja bagi mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami.

Barangan dan Perkhidmatan

1.Keterangan perihal harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman web ini adalah seperti yang dipaparkan semasa anda membuat tempahan. Sebarang gambaran tentang produk atau barangan yang dipaparkan di laman web ini adalah untuk tujuan promosi. Produk atau barangan yang sebenar yang anda tempah dan bakal terima mungkin berbeza dari apa yang digambarkan.
2. Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada. Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.
3. Kami berhak membuat perubahan harga daripada semasa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
4. Tanggungan kerosakan produk. Kami menerima sebarang kecacatan atau kerosakan produk akibat kerosakan atau kecacatan dari kilang (manufacture's defect) diterima dalam tempoh 24 jam setelah penerimaan barang. Pelanggan perlu menghubungi pihak kami melalui emel dan akan mendapat maklumbalas daripada kami kemudiannya mengenai jenis-jenis kecacatan dan kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
5. Pihak kami memberi jaminan bahawa, semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

Pembayaran

1. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.
2. Pembayaran bagi tempahan yang dibuat melalui laman web ini boleh dilakukan secara terus kepada mana-mana akaun yang ditetapkan. Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran dikreditkan kepada akaun yang dinyatakan itu.

Tempoh Siap dan Penghantaran

1. Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan memaklumkan penerimaan tempahan dan bayaran melalui Emel dan meminta pengesahan alamat dan no. telefon anda dalam tempoh tujuh hari bekerja. Anda dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima emel tersebut tersebut dengan kadar segera. Tempoh yang diperlukan ialah 1 - 6 hari. Bergantung kepada maklum balas anda.
2. Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
3. Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Sekiranya anda inginkan cara penghantaran yang berbeza, kos penghantaran melalui agen lain hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anda.
4. Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran melalui Pos Laju hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan Pejabat Pos di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.
5. Pengiraan kos penghantaran adalah berdasarkan yang berikut:
Untuk 0 hingga 500 gram pertama [sila rujuk kepada anggaran kadar pos]
Semenanjung = RM6
Sarawak = RM8
Sabah = RM10
6. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan bahawa tempoh yang dinyatakan itu dipatuhi sepenuhnya. Bagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti ketiadaan stok, sedikit kelewatan mungkin berlaku. Oleh itu, anda digalakkan membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.
7. Kami akan mempastikan bahawa jumlah kuantiti produk yang dibekalkan bertepatan dengan jumlah tempahan. Sungguhpun begitu, anda digalakkan membuat pengiraan semula sebaik sahaja menerimanya. Sekiranya anda mendapati kuantiti tempahan tersebut kurang daripada yang dibekalkan, anda hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh penerimaan tersebut. Kami akan membuat semakan semula dan sekiranya didapati ada kesilapan di pihak kami, kami akan membuat penggantian. Bagaimanapun, jika tempoh berkenaan tamat, sebarang aduan mengenai kuantiti tidak akan dilayan.

Risiko

1. Setelah penghantaran dibuat kepada Pos Malaysia atau mana-mana agen penghantaran, tanggungjawab kami akan berakhir setakat itu. Sebarang pertanyaan mengenai tempoh penyerahan hendaklah ditujukan kepada Pos Malaysia atau agen penghantaran yang berkenaan.

Pembatalan Tempahan

1. Barang yang sudah dibeli tidak dapat dikembalikan.
2. Barang yang sudah dibeli tidak dapat dikembalikan dalam bentuk wang.
3. Pembayaran barang yang telah dilakukan tidak dapat dibatalkan. Pembatalan hanya dapat dilakukan sebelum pembayaran dilakukan.

Polisi Privasi

1. Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda. Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.